Belajar Bahasa Arab Mudah

bismillah greeting

Pendekatan “Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)” sangat unik dan menarik. Tidak seperti kursus bahasa Arab yang lain, peserta program kami dapat belajar asas bahasa Arab dengan mudah dalam masa yang singkat.

REALITI HARI INI

Setiap hari kita menunaikan solat, membaca doa, tadarus Quran dan berzikir. Quran, doa dan zikir kesemuanya dalam bahasa Arab. Alangkah indahnya jika kita menguasai bahasa Arab dan dapat memahami Quran tanpa merujuk kitab terjemahan. Alangkah puasnya sekiranya kita dapat memahami secara mendalam doa dan zikir yang dilafazkan dalam bahasa Arab.

quran

Pernahkah anda melihat seseorang yang membaca Quran sehingga menitiskan air mata. Atau anda sendiri pernah mengalami situasi sebegini?

Mempunyai pengetahuan bahasa Arab akan dapat membantu anda menambahkan lagi nikmat beribadah kepada Allah.

Mulakan langkah pertama anda dengan menyertai “Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)” anjuran Al Mukhtar Center. 
 

Program ini amat sesuai untuk mereka yang belum mempunyai asas bahasa Arab. Selain itu, sekiranya anda pernah belajar bahasa Arab tetapi masih belum yakin untuk bercakap dan menulis Arab dengan betul, program bahasa Arab ini mesti anda sertai.

“Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)” menjanjikan kepuasan dan keseronokan dalam memdalami bahasa Arab. Sekiranya anda serius untuk belajar ilmu bahasa Arab, kami mengalu-alukan anda menyertai program “Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)”. Selepas berpuas hari dengan kursus yang kami tawarkan, anda boleh teruskan program susulan yang kami tawarkan.

Dalam “Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)” ini, anda akan mendapat pendedahan:

 

 

“Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)” ini dikendali oleh:

Ustaz Abu Hanifa bin Abu Mukhtar

Guru Bahasa Arab, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, (UTHM)

Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)

Universiti of Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Saya mula mempelajari bahasa Arab sejak umur 13 tahun. Walau bagaimanapun, 4 tahun pertama dalam pembelajaran bahasa Arab saya amat mengecewakan. Setelah 4 tahun, saya masih belum cekap untuk bercakap dan menulis bahasa Arab dengan betul.

belajar slow

Keadaan ini berterusan sehinggalah saya berjumpa seorang guru yang pakar bahasa Arab. Beliau adalah Allahyarham Ust Abdul Aziz. Pada waktu tersebut, Allahyarham telah pun bersara sebagai guru mursyid Maktab Mahmud Alor Setar.

Untuk pengetahuan anda, antara tokoh yang telah banyak menyumbang kepada kegemilangan Maktab Mahmud adalah insan ini, Allahyarham Ust Abdul Aziz. Ramai tokoh-tokoh agama kelahiran Maktab Mahmud adalah anak didik Allahyarham. Kepakarannya dalam mengajar bahasa Arab telah menghasilkan ramai tokoh yang hebat dalam bidang agama.

Alhamdulillah saya dan 3 orang sahabat lagi berkesempatan belajar bahasa Arab secara khusus dengan beliau. Hanya beberapa kali pertemuan dengan Allahyarham Ust Abdul Aziz, saya dapat fahami semua tajuk-tajuk yang masih kabur sejak 4 tahun lepas.

Allahyarham telah mengajar kami tentang prinsip asas untuk belajar bahasa Arab dengan lebih mudah.

Kaedah dan prinsip asas inilah yang hendak saya kongsikan dalam “Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)” ini.

 

Kenapa anda mesti menyertai “ARAB MUDAH (AM)”?

belajar

Dengan belajar bahasa Arab, terlalu banyak kelebihan yang akan anda perolehi. Antaranya:

Anak-anak akan berasa seronok sekiranya ibu bapa mereka juga mempunyai pengetahuan dalam bahasa Arab.

Semua ini anda akan perolehi hanya dengan belajar bahasa Arab. Sertai kami sekarang kerana peluang belajar bahasa Arab seperti ini amat sukar anda temui.

 

 Apa Kata Mereka…

testimonial 1

Mohd Afiq Bin Arifin, Kulim Kedah

Saya pernah belajar bahasa Arab dengan Ust. Abu Hanifa. Dia seorang pengajar yang dedikasi. Belajar bahasa Arab dengan ustaz sangat seronok dan ustaz sentiasa memberikan penerangan dengan jelas.

 

Testimonial 2

Noor Siti Husnah binti Ab Rahim Periamalai, Muar Johor

Latihan yang diberikan sewaktu pembelajaran sangat membantu saya menguasai topik-topik bahasa Arab. Ustaz menggunakan laras bahasa yang mudah untuk difahami.

 

Apakah keistimewaan “ARAB MUDAH (AM)”?

Kursus intensif ini sangat menarik kerana:

smile arabic

“Saya tidak mempunyai masa untuk datang ke kelas…”

Saya seringkali ditanya tentang cara mudah untuk belajar bahasa Arab. Soalan ini juga turut diajukan oleh kawan-kawan yang bukan beragama Islam. Kebanyakan mereka ingin belajar bahasa Arab tetapi mempunyai kekangan masa untuk hadir ke kelas.

Sekiranya anda ingin belajar bahasa Arab tetapi sukar memperuntukkan masa untuk mengikuti siri kelas-kelas pengajian, cuba luangkan sedikit masa untuk hadir ke “Arab Mudah (AM)” walaupun cuma sekali. Terdapat tajuk-tajuk yang anda boleh belajar secara sendiri. Akan tetapi ada juga tajuk-tajuk yang lebih sesuai dipelajari secara bersemuka dengan guru.

belajar arab 2

Mulakan pembelajaran bahasa Arab pertama anda sekarang bersama “Arab Mudah (AM)”. Peluang belajar bahasa Arab seperti yang kami tawarkan adalah sukar didapati di tempat lain. Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa berusaha menambah ilmu pengetahuan. Belajar bahasa Arab pastinya akan menambah nilai tersendiri dalam diri anda.

“Kita mesti keluar mencari ilmu, ilmu tidak akan datang mencari kita.” – Hukamak

Manfaatkan peluang yang kami tawarkan kepada anda. Nabi Muhammad bersabda, “Belajarlah bahasa Arab dan ajarkanlah ia kepada manusia tanpa mengira agama.”

Siapakah yang sepatutnya menyertai “ARAB MUDAH (AM)”?

 

Testimonial 

Segala pahit dan manis yang telah saya lalui pastinya akan membantu anda dalam mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah. Berteraskan pengalaman belajar di dalam dan luar negara, saya amat memahami apakah yang anda perlu lakukan dan tak patut lakukan untuk mempelajari asas bahasa Arab.

Sertai program-program

“ARAB MUDAH (AM)” sekarang!

 

1) Majlis Ilmu:
“Mengenali Keunikan Bahasa Al Quran”

Tarikh   : 14 Mac 2014 (Jumaat)

Jam        : 9.30 pagi – 10.30 pagi (Boleh datang seawal 9.15 pagi)

Bayaran : RM 10 (Promosi !)

Tempat  : AMC

Terhad untuk 14 peserta terawal!

 

2) Belajar B.Arab 3 Bulan (BB3B)

3) Belajar Bahasa Arab Mudah (AM)

4) Belajar Secara Individu

AMC ingin membantu anda untuk terus mempelajari ilmu agama. Anda boleh memilih untuk belajar bahasa Arab atau Al Quran atau kedua-duanya sekali secara individu.

Klik di sini untuk pra-pendaftaran.

 

Jumpa anda di “ARAB MUDAH (AM)”

daftar-sekarang

 Alamat AMC

Al Mukhtar Center (AMC)

  No 9 Taman Manis 5

86400 Parit Raja Batu Pahat Johor

(Bersebelahan Kolej Kediaman UTHM dan Tadika Iman)

Bayaran penyertaan boleh dilakukan ke akaun berikut:

Al Mukhtar Services 
0112 0000378 102 (CIMB)

 cimb

atau

Abu Hanifa bin Abu Mukhtar
1622 0997 9547 (Maybank)

maybank

1 Kepuasan Belajar Bahasa Arab

Anda akan dapat lebih dari apa yang anda bayar!

welcom

* Peserta yang tinggal berjauhan boleh menginap di hotel atau homestay berdekatan.

GuaranteeSignGold

Blog  |  Facebook

Untuk maklumat lanjut hubungi 019-770 8840 / 019-600 8840 (urusetia AMC)